Thursday, July 31, 2014

Berhari raya bersama sahabat2 tersayang...

Farra datang lagi. Hehehe..alhamdulillah dapat jugak kami bersama melepaskan kerinduan seharian kelmarin. Banyak yang kami perkatakan, kami bincangkan. Lots to catch up on. But we made it....best sangat2. Pergi makan di Mizi Bistro, Tesco Tanjung Pinang. Lepas tu lepak di PapaRich St Quay.

Sayang ja Yati tak dapat balik awal sikit dari cuti raya di Kelantan. Dia sempat balik dan jumpa kami sebelah waktu malam. Kami lepak pula di Old Town, Precint 10. Bawa Samirah sekali, kenalah kaunseling sikit sebanyak dengan auntie2 yg tersayang. Love u guys for loving my daughter so much. Muaccch....

Harap2...plan nak ke Morib dapat di realisasikan..insyallah! Dapatlah lagi kita spend time bersama...rasa macam tak menyempat ja sehari berjumpa. Apa2 pun...SIFFY in my heart 😍😍

Sunday, July 27, 2014

Aidilfitri 2014

Tak tau la apa yang dijangkakan esok?! Esok raya. Hari nie kenalah bertukus lumus buat kerja di dapur. Nak masak..nak mengemas. Cik abang pulak sibuk dengan majlis party raya. So, memang kena jadi one women show lah jawabnya.

Esok...moga semua adik beradik dapat duduk sekali, bermaafan, meluangkan masa bersama mak...yang telah kian merindu. Moga impian mak untuk lihat anak2 mak esok...membuahkan pertemuan indah. Kesian mak...sayang mak pada anak2 mak memang kuat. TAPI...???

Cuti panjang..duk rumah pun pening kepala jugak lama2...he he he...Khamis pegi keja sehari...jumaat cuti balik...best jugak mcm tu kan??

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN..😍😍

Thursday, July 24, 2014

KELAWAR2 MALAM

Dah banyak malam aku dan Idah menjadi kelawar malam. Mentang2 bulan puasa, hehehe..tapi malam sajalah masa yang kami ada selepas anak2 dia, Samirah dan ibuku tidur. Macam tadi, kami dah attack Tesco untuk beli barang2 memasak, persiapan sebelum raya. Lagi beberapa hari saja dah nak raya. Beli belah sampai ke jam 1pagi. Lepas tu mulalah tak boleh nak tidur.