Sunday, April 19, 2009

Me & Farisha Alia..Anak sedara dan Mak sedara..Hissh...makin besaw anak menakan aku sorang nie. Makin lain pulak rupa dia sekali skala aku tengok. Adalah macam mak dia...but muka Adam pun...ada la. Kan dah nama pun anak dia. Sayang la kat dia, kesian pun ada jugak since dengan keadaan mak & bapak dia yang huru hara. But she had me if she's in trouble...she can count on that! I love her...just can't say it out loud. Takut dengar dek yang lain...lain pulak jadinya. Since dari dia baby pun, dia memang boleh tidor dengan aku...I don't know why,how & what makes her so kamcing with me. Mungkin, blood related..blood line! Hehehe..dah jadi cita vampire lak! key stop here
Posted by Picasa

Sunday, April 12, 2009

Alfatihah! Abdul Wahab bin Abdul Rahman (7-4-2009)





Al-Fatihah untuk Abang Wahab yang telah pun pergi ke Rahmatullah pada 7-4-2009 jam 11 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat pada Arwah, kerana beliau merupakan seorang insan yang membawa ceria dan cahaya pada rakan-rakan sekerja. Ketiadaannya benar-benar terasa dan di rindui semua. Tidak di sangka, ajalnya tiba se awal pertengahan usianya. Kenangannya di CWMVB, tidak akan ku lupakan, kerana beliau sudah pun ku anggap sebagai seorang Abang yang tidak pernah ku ada. Mahu pun, ku ada seorang abang...tetapi tempatnya tidak pernah tertunai sebagai seorang Abang. Lantas, Abang Wahab la tempat ku hala tujukan pangkat seorang Abang. Kerana dia tidak pernah letih dalam membuat sesiapa sahaja ketawa..walaupun di dalam duka. Segala baik budinya, di kenang semua...sehingga ke akhir hayat semua!
Posted by Picasa

Saturday, April 11, 2009

Samirah's pictures

Wahai anak kesayanganku. Kau lah harapanku, dunia ku ketika ini. Tiada mu di sini, tiadalah seri dalam hidup mama. Samirah penyeri hidupku. Selain dari suami ku yang tercinta, ibuku..bapak yang sudah tiada..inilah dunia ku sehari-hari. Kalau dapat ku luahkan segala perasaanku padanya ketika ini, betapa bermakna dirinya pada ku...pasti dia akan memahaminya setelah besar nanti. Insyallah...ku doakan agar dia menjadi anak yang solehah, yakin pada Allah...dan sentiasa beringat padaNya, malah sentiasa patuh dan jujur pada kedua ibu bapanya. Amin........
Posted by Picasa

Mixed up pictures!


Posted by Picasa This picture, I created using my China phone. That phone was really something, but now..I'm using my new Sony Ericsson..cybershot. I can actually mix all this pictures and created this one image. Heemm...today, Samirah going to her Saturday school. So..better get going!