ASSALAMMUALAIKUM...
Mulakan pagi dengan sedekah. Berbuat baik pada semua orang.
Jangan pernah membalas kejahatan dengan dendam.
Tapi balaslah ia dengan senyuman dan kesabaran.
Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Lagi beberapa hari sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari nie kena kerja, kemudian cuti seminggu sempena raya. Banyak lagi benda hendak di uruskan sebelum raya menjelma. Harapanku, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Insyallah....
Thursday, July 24, 2014
Saturday, September 11, 2010
Salam Aidilfitri 2010
Salam Aidilfitri...sungguh cepat masa berlalu. Sudah lama aku tidak update blog ku ini. Sudah sekiam lama, entah kenapa tetiba aku terpanggil untuk update blogku ini. Yesterday hari pertama Aidilfitri, ramai sanak saudara hadir. Kak Sa'adiah dari malam raya dah ada di rumah, membantu aku memasak. Alhamdulillah..plan kami semua menjadi. Masak dalca & ayam masak merah untuk jamuan hari raya. Kuah kacang dah awal-awal aku siapkan. Hari raya pertama, aku & Kak Siti masak nasi tomato. Mulanya macam tak jadi, tapi alhamdulillah...berjaya di selamatkan.
Tadi aku bersama Chon & Samirah ke rumah kakak iparku di kampung. Beraya apa yang patut, then terus balik. Petang skit, mak & bapak Nadia datang bertandang. Di susuli pula dengan kedatangan Abang Lee & Kak Liah. Hidayah & tunangnya juga hadir. Sekarang nie, kedengaran suara Kak Diah di luar, sedang bersembang dengan mak.
Tahun 2010 nie, tak adalah aku rasa sunyi sangat. Adalah jugak, Kak Diah hadirkan diri tengok-tengok mak waktu malam camnie. Kak Kinah langsung tak boleh pakai, dia dengan family dia...macam menjauhkan diri dari semua orang. Tak tahu apa masalahnya. Dan tak tahu aku macam mana nak selesaikan masalah depa! Last sekali, sebagai adik...aku hanya dapat mendengar, dari semua kakak-kakakku.
Aku rindukan teman-temanku di saat hari raya ini. Rumah Uya aku tak dapat pergi. Mak aku sapa nak tengok! Yati pula di Kelantan sekarang. Aku cuba telefon dia tadi, tak dapat...bateri dia mati. Then, bila aku call semula...dah dia masuk tidor..Chon pula entah ke mana? Dari tadi ada sedikit perselisihan faham dengan aku. Ada-ada saja la nak terjadi pertelingkahan antara aku dan dia! Tak apalah, nak buat macam mana! Begini lah selalunya aku dengan dia! Tapi aku masih tetap ♥ padanya.
Sunday, May 31, 2009
Twilight Saga : New Moon
Tak sabar rasanya nak tunggu November. Baca buku dah berapa banyak kali...carik dalam internet pun bermacam-macam updates
about this new movie. Errrm...harap-harap director gambar nie, akan ikut jalan cerita yang sama dengan cerita di dalam buku. kalau tidak, banyak orang akan keciwa, boleh di katakan seluruh dunia punya peminat la. Termasuk la dengan aku. Dah jatuh cinta sangat
dengan Edward Cullen dan Bella Swan. Termasuk la dengan si Jacob Black yang sentiasa happy dan ceria bila bersama Bella. Memang, seawalnya cerita..kalau ikut pandanganku..tak patut si Edward buat Bella macam tuh, tinggalkan dia begitu saja. Kalau aku jadi Bella pun, boleh naik gila jadinya. As if I never exists. How could I stand that?? Ohhh..tidak! Emotional la pulak aku nie !hehehehe...
Anyways, reason di sebaliknya...memang la kita kena terima, Edward terlalu sayangkan si Bella, takut dia akan berada dalam 'dunia' bahaya di sekelilingnya!
Well...last night dapat tengok clips part kecil di mana, Bella berlari ke arah Edward sewaktu Edward cuba keluar ke dalam cahaya matahari, bertujuan untuk 'membunuh diri' dengan bantuan dari The Volturi's. Sedih dan romantik at the same time! Tapi, harap-harap...cepat-cepat la buat the next one...cause, yang aku inginkan adalah tayangan movie 'Breaking Dawn' di mana Bella menjadi Vampire! Oohh...tak puas-puas aku dengan cerita Twilight Saga nie!
Anyways...lagi berapa bulan la nak kena tunggu nie. tension pun ada jugak! hehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)