Al-Fatihah untuk Abang Wahab yang telah pun pergi ke Rahmatullah pada 7-4-2009 jam 11 pagi. Semoga Allah mencucuri rahmat pada Arwah, kerana beliau merupakan seorang insan yang membawa ceria dan cahaya pada rakan-rakan sekerja. Ketiadaannya benar-benar terasa dan di rindui semua. Tidak di sangka, ajalnya tiba se awal pertengahan usianya. Kenangannya di CWMVB, tidak akan ku lupakan, kerana beliau sudah pun ku anggap sebagai seorang Abang yang tidak pernah ku ada. Mahu pun, ku ada seorang abang...tetapi tempatnya tidak pernah tertunai sebagai seorang Abang. Lantas, Abang Wahab la tempat ku hala tujukan pangkat seorang Abang. Kerana dia tidak pernah letih dalam membuat sesiapa sahaja ketawa..walaupun di dalam duka. Segala baik budinya, di kenang semua...sehingga ke akhir hayat semua!
